Resepi Pizza Kuali Terbaik!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Pizza Kuali Terbaik!!

Resepi Pizza Kuali Terbaik!! 🍕🍕| Assalamualaikummmm...Hai selamat petang korang!!! Sape yang suka makan pizza homemade.. boleh try buat sendiri.. Pizza kuali 100% masak atas dapur.. tak perlu bakar.. korang yang berminat.. boleh follow resepi yang admin sharekan nie..

Gambar hiasan

Sumber : ‎Murni Rahmat‎


BAHAN-BAHAN:

Tepung gandum 6 cawan

Air 2 cawan

Mauripan separuh peket

Minyak masak 2 sudu

Gula 1 sudu

Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye.. Berpeluh-peluh la jugak..hihi


BAHAN TOPPING:

Sos pasta tradisional-jenama bebas.

Boleh letak macam-macam topping,

Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood


CARANYA:

Tumis bawang, bila dah wangi.. masukkan bahan basah yang lain. perasakan dengan garam dan lada hitam - ketepikan.


CARA MEMBUATNYA:

1. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lps 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.

2. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

3. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.

4. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.

5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.

6. Kalau suka kerak pizza tu rangup, boleh masak kedua-dua bahagian, kalau nak lembut macam roti, masak lapisan bawah je.

7. Ratakan sos pasta, bahan-bahan topping pizza,cheese dan biarkan atas api dalam 3-4 minit lagi untuk cairkan cheese.. Siap.. Makan panas-panas.. Nyum-nyum..






Hidang panas-panas... Fuhhh...merecikk... :P

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Pizza Kuali Terbaik!!"

Post a Comment