Resepi Takoyaki Mudah!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Takoyaki Mudah!!

Resepi Takoyaki Mudah!!


(Menghasilkan lebih kurang 30~40 biji)

Bahan-bahan:


Bancuhan tepung;

1 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung/ 1 sudu besar katakuriko
2 biji telur
2 cawan air
1 sudu kecil dashi
3 sudu kecil kicap jepun

Bahan inti:

Tako (sotong kurita). Boleh juga guna yang lain. Cheese pun sodap~!
Kubis cincang
Daun bawang cincang halus
Agedama/tenkasu (optional. First time buat tak letak. Kali kedua letak..) 

Topping:

Sos takoyaki
Aonori seaweed
Bonito flakes (katsuo bushi)
Mayonis jepun (mayonis biasa tak sesedap mayonis jepun tau!)


Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung-tepung dan tenkasu dalam mangkuk sederhana, lepas tu gaul sikit. Tambah dashi, telur dan secawan air. Kacau sebati.

2. Masukkan kicap jepun dan baki air sambil mengacau. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

3. Bila dah buat semua.. Boleh la start mentako ball. 

4. Masukkan minyak ke dalam tako pan. Agak agak 1/3 dari ke dalamannya gitu. Lepas tu tuang tepung agak agak separuh. Masukkan inti tako dan taburkan kubis dan bawang. Lepas tu tuang lagi bancuhan tepung sampai penuh. Melimpah sikit tak pe. 

5. Bila separuh tu dah nampak golden sikit boleh start menggolek. Kalau nak dapatkan hasil takoyaki yang rangup, bila dah terbentuk bebola tu tambahkan minyak lagi pada bebola.


Resepi Takoyaki Mudah!!
Sumber : Produk Makanan Jepun Halal

Resepi dan cara membuat Takoyaki Mudah!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Takoyaki Mudah!!"

Post a Comment