Resepi Kek Marble Minyak!! (SbS). | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Kek Marble Minyak!! (SbS).

Resepi Kek Marble Minyak!! | Kek marble ni moist rasanya sebab kita guna minyak dan susu pekat. Sesuai buat makan satu family. Jom buat. 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Let's Cook & Bake

Resepi Kek Marble Minyak!!


Bahannya:

4 biji telur gred A
1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cawan)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cawan minyak masak (saya guna vegetable oil)
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanilla
1 sk garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Pukul telur , gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minit

* kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik elak air kukusan masuk dalam kek

* kalau guna telur gred B, 5 biji



Telur, gula dan ovalette yang dah dipukul hingga gebu ringan



Sementara tunggu bahan dipukul kembang ayak tepung gandum, garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yang diayak



Adunan dah kembang tadi masuk susu pekat dengan mixer speed perlahan



Masuk lagi esen vanilla, gambar kabur sikit



Masuk bahan diayak sikit-sikit



Pastu masuk minyak dan sebatikan semua, step ni jangan pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.



Jadi camni



Pastu asingkan kepada dua bahagian, warna asal



Dan satu lagi campur dengan serbuk koko

*kalau salah sukat kek akan pahit.



Kacau rata jadi gini ye



Sediakan loyang pembakar. Saya guna loyang 8'. Sapu minyak dan lapik kertas baking



Dan ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko, ulang sampai habis



Jadi macam ni



Oven panaskan dulu 170 degree (jika guna oven kecil guna suhu 160 degree) dan pakai api atas bawah, dan bakar selama 40-45 minit hingga masak.



Dalam 40 minit boleh jenguk cek dengan lidi sate.cucuk tengah kek kalo keluar bersih kek masak, if belum sambung sampai masak



Dah masak keluar kan dari oven, sisip tepi kek dengan pisau supaya mudah kek keluar , telangkupkan atas redai dawai. Buang kertas baking. Dan telangkupkan balik kedudukan asal dan lapik dengan pinggan atau kek board



Dah telangkupkan kedudukan asal



Dah sejuk boleh potong kek marble. Alhamdulillah siap!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kek Marble Minyak!! (SbS)."

Post a Comment