Resepi Bingka Roti Lazat!! (SbS) | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Bingka Roti Lazat!! (SbS)

Resepi Bingka Roti Lazat!! | Kalau ada roti lebih boleh cuba buat bingka roti ni. Mudah cepat. Sesuai buat makan satu family. Jom buat. 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Let's Cook & Bake

Resepi Bingka Roti Lazat!!


Bahannya:

5 keping roti putih 

3 cawan santan /susu segar/susu cair

2 biji telur

3/4 cwn gula pasir (boleh kurang 1/2 cawan)

1 sudu kecil garam

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu besar marjerin

Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap dengan 2 cawan santan, tekan sikit dengan sudu bagi roti terendam



Sementara tu kita blender baki 1 cawan santan, marjerin, telur,gula, garam, esen vanilla dan tepung gandum. Blender jangan lama sangat cukup sekadar sebati semua



Blender sebati bahan tadi



Tuang bahan blender dalam roti yang terendam tadi



Kacau rata semua



Loyang ( 8'x8') sapu minyak dan alas baking paper. Kalau ada acuan bingka boleh guna juga sapu minyak / marjerin elak lekat.



Tuangkan adunan dalam loyang



Oven panaskan dulu dalam 8-10 minit. Bakar dalam oven 180 degree (oven kecil 170 degree) selama 45 mnt - 1 jam . Kalau suka permukaan atas garing sambung bakar hingga 1 jam.



Dah siap baru keluar dari oven.sejukkan dalam 2-3 jam baru potong



Bingka roti dah sejuk



Boleh potong bingka roti, sesuai buat minum petang, minum dengan air kopi teh panas...fuhhh masyukk!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Bingka Roti Lazat!! (SbS)"

Post a Comment