Ayam Kukus Goreng Berempah!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Ayam Kukus Goreng Berempah!! (SbS)

Ayam Kukus Goreng Berempah!! | Ayam kukus goreng berempah . Adaptasi resepi sis Najwa Romli .. Cikedout resepi step by step wokey .

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Munirah Binti Mohd Ramli

Ayam Kukus Goreng Berempah!! (SbS)


Oraitt ni Anggaran bahan-bahan yang monn guno tadi ..

Serai 4 batang

Cili kering 9 tangkai . Kalau nak podeh laie lotak la cili jalapeno tu yo ..

Monn guno 3 inci halia

3 inci Lengkuas korek belakang rumah omak ..

1 labu bawang merah besar

7 ulas bawang putih

Sejari kunyit hidup



Campak semuo dalam blender omak monn ..

Monn lotak ketumbar biji segenggam

Lade hitam biji 2 sudu makan .

Blend dongan sedikit air & minyak masak



Ni duo ekor ayam .
Hati .. pedal .. kaki .. leher .. berutu .. monn x Ambik



Ok curahkan bahan-bahan yang kito dah blend tadi .

Monn letak 2 sudu teh garam

1 sudu teh Ajinomoto

7 tagkai daun kari .. dicuci selawat lurutkan ..



Gaul sebati . Perap at least 1 jam . Sempat la monn gi kenduri makan nasi minyak tadi ...



Alas kan daun pisang dalam tray pengukus omak monn



Lotak kan ayam yang dah diperap tadi



Kukus dalam 40 minit, sebab duo2 tray ni ado Ayam . Pastu biokan boto2 sojuk baru simpan dalam bekas bertutup rapat . Simpan peti ais . Kalau korang nak goreng esok luso pon bole . X kesah .



Ni rupo Ayam selopas dikukuih .



Monn panaskan sedikit minyak sobab nak tunjuk kek korang Ayam yang dah goreng nanti cam mano 



Goreng 2 ketul ayam tadi ... hinggaa kekuningan . Hingga serdak-serdak pada ayam tu agak garing ... makan dengan nasi putih ... pehhhh!!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Ayam Kukus Goreng Berempah!! (SbS)"

Post a Comment