Resepi Daging Jeruk Sedap!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Daging Jeruk Sedap!! (SbS)

Resepi Daging Jeruk Sedap!! | Daging yang dipotong nipis, dijeruk dengan perahan limau kasturi dan garam. Hanya digoreng dengan bawang besar dan cili padi, dimakan begitu sahaja dengan nasi putih memang sedap dan membuka selera. Selalunya kita jumpa ikan jeruk, petai jeruk dan lada jeruk. Jom kita try daging jeruk pulak.. resepi daripada Rafiza Idayu

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Daging Jeruk Sedap!!

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar di bawah



Daging merah dalam keadaan beku atau separa beku.

Mudah dipotong kerana untuk mendapatkan kepingan daging yang nipis.

Bahagian ini top side. 

Kenapa 4 segi ? Mana nak beli macam ini ?

Sebenarnya ianya bukan 4 segi. Ianya adalah bahagian daging batang pinang atau top side. Bentuknya besar dan panjang. 

Selalu saya beli seketul besar dalam keadaan beku untuk kegunaan rumah.

Saya kerat kepada beberapa bahagian. Dalam keadaan separa beku (luar dah tak beku tetapi dalam masih beku).

Bahagian luar saya guna masak apa apa. Bahagian dalam saya dapatkan potongan 4 segi untuk buat daging jeruk




Letakkan di dalam tapis untuk menapis air lebihan daging.

Perlu basuh selepas dipotong nipis ?
Tak perlu. Saya basuh ketika seketul besar. Hanya lalukan air sahaja.

Bila kena basuh ?
Basuh ketika seketul besar dengan hanya lalukan air sahaja. Bila sudah hiris nipis jangan dibasuh lagi.

Apabila basuh selepas dipotong, manis dan nutrisi daging akan menyusut nilainya kerana larut dalam air.




Sediakan bahan bahan untuk menjeruk.

1. Bekas kontainer

2. Garam halus

3. Limau kasturi yang dibuang biji




Susun daging di dalam bekas kontainer.

Taburkan garam rata ke seluruhan daging.




Perahkan limau ke serata daging.




Susun lagi daging dilapisan seterusnya. Taburkan garam ke serata daging.




Perah limau lagi ke serata daging.

Ulang lagi melapis daging => garam => perahan limau




Sehingga habis daging tersebut. Masukkan limau yang telah diperah tadi.

Siap untuk diperam. Saya letakkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.




Selepas satu hari, daging mula berubah warna setelah mengalami proses penapaian.

Saya tunggu lagi seminggu baru masak supaya daging men jeruk sebaiknya.





Saya masak setelah daging menjeruk seminggu.

Makan dengan nasi putih sahaja. Sedap rupanya daging jeruk ini.

Perlu basuh atau tidak sebelum goreng ?
Tak perlu.

Lembut ke dagingnya ?
Lembut sebab saya guna daging top side dan dipotong nipis nipis.

Perlu rebus ?
Tak perlu rebus.


Jom tengok resepi di bawah




Ada orang tanya saya, nak masak apa lagi dengan daging jeruk ?

Ok... saya add on kacang panjang jer. 

Jadi resipi lengkap, karbo + protein + vitamin.

Limau tidak dimasukkan sekali.

Caranya:

Goreng daging jeruk dengan minyak yang sedikit.




Dalam seminit, masukkan hirisan bawang, cili padi dan kacang panjang.




Masak sebentar untuk layukan kacang panjang.




Ok... jom makan. 

Lengkap sudah lauk sahur hari ini. Nasi putih masak lembik sikit... ohhh.....

Bertambah tak rasanya ?


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Sumber : FB Rafiza Idayu


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Daging Jeruk Sedap!! (SbS)"

Post a Comment