Resepi Prawn Cheezy Ball!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Prawn Cheezy Ball!! (SbS)


Selamat petang sahabat. Hujan seharian arini so perut ni asyik lapaq ja kan.Godek-godek peti ais cari apa yang boleh dibuat so terjadilah "prawn cheezy ball" Alkisahnya banyak sangat udang kecik.. pastu cheese pun dah nak expired sebab banyak sangat stok bulan puasa aritu pastu raya dah x layan benda-benda alah camni kan. So arini kita try menu baru. Meh sesiapa yang nak try silakan tengok resepi kat pic yer. Ya Allah memang sedap sangat.. sungguh x tipu. Tambah-tambah kena time hujan-hujan camni pulak kan.. memang heaven la sangat.  

Rugi tak cuba sendiri tau.. kena cuba, semua pasti suka.... Aummm......

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...



Resepi & cara buat ada pada setiap gambar 




Ok ni je bahan-bahan yang saya guna. 

1 cawan tepung gandum (kalau adunan lembik boleh tambah sikit lagi yer)

5 biji ubi kentang saiz sederhana (rebus pastu lenyekkan) 

semangkuk isi udang yang di kisar halus

mozzarella @ cheddar cheese (better guna yang block tu yang ni sebab nak expired dah so guna je la)

sebiji bawang + daun bawang(potong dadu)

serbuk blackpepper

serbuk lada sulah dengan garam

1 sudu besar minyak masak

serbuk roti secukupnya

2 bji telur




Campur je tepung gandum, ubi kentang, isi udang, bawang+daun bawang, minyak masak,  garam & lada sulah dengan serbuk blackpepper tu gaulkan sampai sebati. 

Kalau adunan lembik boleh tambah tepung sikit lagi yer. 

Tapi adunan ni memang agak lembik sebab isi udang tu agak berair.. tapi jangan sampai lembik macam bancuhan cucur udang dahlah kan




Ok bila dah jadi camni perap adunan ni dalam peti ais dalam sejam dua cmtu..





Ok masa nak menguli disarankan untuk letak minyak kat tangan sikit yer sebab adunannya memang lembik & melekat sikit. Jangan tanya saya kenapa yer sebab saya dah gtau saya buat pun memang camtu 

Ok cam biasa la amik la besar mana korang nak pastu masukkan pulak cheese kat tengah-tengah tu sama jer cam resepi cheezy ball saya yang len tu.




Pastu celupkan ball tadi dalam telur yang dipukul bersama sedikit garam dengan lada sulah..



Pastu golek-golekkan jer ball tu atas breadcrumb sampai sekata..




Buat banyak-banyak pastu frozenkan ok. Nak goreng bila-bila senang amik jer.. adunan saya buat ni boleh dapat lebih 60 bji tau.




Ok klau nak goreng panaskan minyak betul-betul, goreng api sederhana jer baru la cheese kat dalam tu melt




Goreng sampai warna keemasan pastu angkat toskan atas kitchen tissue yer..




Ni dia hasil bedah siasat cheese kat dalam tu. Hadoi tengok pun dah meleleh air liur tau..


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Ana Mariana Ismail


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Prawn Cheezy Ball!! (SbS)"

Post a Comment