Resepi Lasagna Sedap & Mudah!! (SbS) | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Lasagna Sedap & Mudah!! (SbS)


Weekend ni kalau ada tetamu nak bertandang rumah atau kalau sendiri dah bosan ngadap nasi, luangkan masa sediakan Creamy Pasta Meatballs ni. Tak sampai sejam siap... Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Lasagna Sedap & Mudah!!

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Bahan Sos Putih:

1 ketul butter

250 gram tepung gandum

1 biji bawang holland dicincang

1 liter susu segar+500ml air

atau 1tin susu cair + 3tin air 
(jangan tanya kenapa resipinya macam ni yang pasti bila makan time sejuk pun x rasa muak., sedap ja)

100g cheedar cheese

100g mozarella cheese

1 sudu teh garam

1 sudu besar lada sulah




Cairkan butter api perlahan




Dah cair masukkan bawang holland




Kacau sampai naik bau kemudian masukkan tepung gandum




Kacau tepung sebati




Masukkan susu




Kacauu




Dah sebati tu hanya nampak bawang masukkan garam dan lada sulah




Kacau sampai adunan pekat masukkan cheese




Ok dah siap gini rupanya




Untuk inti daging:

1 kg daging cincang (renehkan dulu)

2 batang lobak merah potong dadu

2 biji tomato

1 labu bawang putih (+-8-10ulas) kisar bersama 1 biji bawang holland

450g tomato puree

1 tin kecil sos prego (kimball/adabi atau apa2 jenama)

3 sudu besar lada hitam

2 sudu besar mix herb

Masak semua bahan sehingga empuk




Ni rahsia kuah sedap!

Kisar 2 batang lobak merah kemudian masukkan dalam kuah ni reneh smpai masak masukkan garam gula secukupnya




Akhir sekali masukkan cendawan dan buah zaitun




Rendam lasagna sheet dalam air panas dalam 10 minit jangan bagi melekat antara satu sama lain masa rendam tu




Lapis pertama inti daging




Lapis kedua sos putih




Letak sheet




Uang lagi inti daging




Sos putih dan sheet




Inti daging dan sos putih layer paling atas letak capsicum




Tabur mozarella cheese boleh terus bakar suhu 200c selama 30 min
(ni oven saya,oven uols ce try test hehe)




Tetiba dapat tempahan banyak tak sempat siapkan boleh frozen dulu. nak frozen bole bakar siap-siap atau terus bekukan. nanti nak delivery boleh keluarkan defrost dan bakar atau panaskan saja.




Ini yang dair frozen dibakar



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Salwa Kursiah 


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Lasagna Sedap & Mudah!! (SbS)"

Post a Comment