Resepi Aiskrim Goreng!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Aiskrim Goreng!! (SbS)

Resepi Aiskrim Goreng!!

Cara mudah buat aiskrim goreng yang sodap ni. Resepi kat bawah yekk.. Aummm......

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Aiskrim Goreng!!

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Nak buat aiskrim goreng? Ni jer bahan-bahan dia.. roti, aiskrim, cawan @ apa-apa je la untuk tekap & garfu saja gatai tangan konon nak bagi lawa.hihi



Ok mula-mula amik sekeping roti pastu letak aiskrim sikit kat tengah tu 
(jangan banyak sangat nanti meleleh keluar masa nak tekap)




Pastu amik lagi sekeping roti letak atas roti yang tadi pastu tekap je la cam dalam pic tu




Nampak? Pastu kalau nak goreng boleh je tapi saya saja suka-saja amik garfu pastu tekan-tekan kat bahagian tepi tu konon nak bagi lawa.hehe




Hihihi nampak lawa sikit camni kan??



Buat la banyak mana nak buat pastu goreng je la tapi saya suka bagi frozen baru la masa goreng tu x makan minyak dan aiskrim dalam pun akan keras.



Ok kalau nak goreng panaskan minyak pastu goreng je la.. kejap je balik-balik kan gitu jer nanti lama-lama cair lak aiskrim kat dalam tu




Dah siap goreng apa lagi makan la.. xleh tunggu lama-lama nanti cair. Makan panas-panas roti rangup kat luar pastu aiskrim sejuk kat dalam oooiii xtau nak explain macam mana buat sendiri la no


Okey, oleh kerana kita buat aiskrim goreng ni akan ada lebihan roti, so jangan membazir tau.. boleh cuba resepi di bawah: Klik jer link ini : Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus!!



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Ana Mariana Ismail

Jum Like : Aneka Resepi Masakan

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Aiskrim Goreng!! (SbS)"

Post a Comment