Resepi Sandwich Sardin Enak!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Sandwich Sardin Enak!!


Sebagaimana yang kita sedia makhlum, sardin adalah makan yang di proses dalam tin. Ia menggunakan ikan sardin dan di proses bersama sosnya dan di tinkan. Kenapa ita tak suka makan sardin adalah di sebabkan sardin mempunyai bau yang sangat hamis. Ita bukan tak makan sardin terus, tapi ita hanya makan sardin yang ita masak sendiri sahaja.

Bila ita masak sendiri, ita akan seboleh mungkin akan menghilangkan bau hamis sardin. Bila ita makan sardin juga ita kena minum air yang sedikit masam. Ini adalah untuk menghilangkan rasa loya. So jom kita buat sandwich yang enak.


Bahan-bahannya:


  • Roti potong secukupnya
  • Timun ~ di hiris nipis


Bahan sardin:


  • 1 tin sardin ~ asingkan isi dan sosnya. Isi sardin, buang tulang dan di hancurkan dengan garfu
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar ~ di dadu kecil
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • 1 batang cili merah ~ buang biji dan empulur tengahnya dan hiris dadu kecil-kecil
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Bahan ditumbuk:


  • 1 inc halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah


Cara penyediaanya:


  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk hingga harum
  2. Kemudian masukkan sos sardin dan masak hingga terbit minyak
  3. Masukkan air asam jawa dan sos cili dan masak lagi hingga pekat
  4. Masukkan isi ikan sardin
  5. gaul rata
  6. Biarkan merenih sebentar
  7. Masukkan bawang besar dan cili merah
  8. Perasakan dengan garam secukup rasa
  9. Masukkan daun sup dan daun bawang dan gaul rata
  10. Tutup api dan angkat


Penyediaan sandwich:


  1. Sediakan sekeping roti
  2. Letakkan sardin
  3. Letakkan juga kepingan timun yang di hiris bulat nipis
  4. Tutupkan dengan sekeping roti lagi
  5. Potong bahagian yang keras di tepi roti
  6. Potong sandwich kepada 2
  7. Sedia di hidangkan


Oleh : Azlita
Resepi Sandwich Sardin Enak!!

Resepi Sandwich Sardin Enak!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Sandwich Sardin Enak!!"