Resepi Ayam Madu Best!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Madu Best!!


Satu lagi resepi Chef Hanieliza yg ingin ita kongsikan bersama rakan2... Ayam Madu... Ayam madu ni rasanyer resepinyer lebih kurang sama dgn ayam masak merah... cuma kita tambahkan madu dlm masakkan ni yg membuatkan ia sedikit istemewa.... kegemaran anak2... tak cukup satu ketul, kadang2 anak2 lg suka meratah ayam madu ni drpd makan dgn nasi... cubalah... pasti tak akan menyesal... jom2 kita selongkar dapur dan cari resepi....

Bahan A:


  • 500 gm ayam - dipotong dan dibersihkan
  • 4 sudu makn sos tomato
  • 1 cwn kacang pis (yg ni ita tak letak dah habis stock..hihihi)
  • 1 labu bawang besar dimayang bulat2
  • 3 sudu makan madu
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit


Bahan B - dikisar:


  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inc halia


Bahan C - utk menumis:


  • 4 sekawan
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • buah pelaga


Cara Penyediaannya:


  1. Gaulkan ayam dgn garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak ketepikan.
  3. Tinggalkan minyak goreng ayam anggaran 1 senduk , masukkan bahan C dan tumis hingga harum. masukkan bahan B dan tumis hingga garing dan pecah minyak. masukkan ayam , sos tomato, kacang pis , bawang besar dan madu.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan digaul mesra.
  5. Apabila sudah pekat dan sedikit kering... sedia dihidangkan bersama Nasi Briani dan Daging Masak Prun walaweiii!!! sedap tu...
  6. Selamat mencuba!!


Oleh : Azlita
Resepi Ayam Madu Best!!

Resepi Ayam Madu Best!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Madu Best!!"

Post a Comment