Resepi Ayam Black Pepper!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Black Pepper!!


Resepi kali ini memang sedap untuk dibuat makan tengahari. Sangat sesuai untuk akak-akak yang nak masak untuk si suami tu. Memang senyum memanjang lah kalau buat lauk ni. Sebab memang sedap sangat-sangat. Biasa buat daging black papper, apa salah kali ni cuba ayam black paper pula.. Best, tak cuba rugi tau.


Bahan-Bahannya: (5 orang)


5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam (Dikisar Kasar)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan Perap:


2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam


Cara Penyediaannya:


  1. Perap ayam selama 30 minit.
  2. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata.
  5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
  6. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.
  9. Selamat mencuba semua.. Perasakan mengikut citarasa anda sekeluarga.. :D


Oleh : resepibonda
Olahan : resepiku.net
Resepi Ayam Black Pepper!!

Resepi Ayam Black Pepper!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Black Pepper!!"

Post a Comment